Sunday 12 February 2012

Sudah berpunya ke belum ? :)

Pasal awek yang belum berpunya pantas je JANTAN nak tahu ke tidak . Lebih lebih lagi yang CUN MELECUN . Sapa yang tak nak kan ? HAHAHAHAHA ! Hari ini saya nak buka bab nak pastikan Awek yang korang suka tu , dah ada yang punya ka belum :D Dari ciri ciri yang terdapat kat bawah ni , Korang dapat agak saya dah berpunya ke belum . HAHAHAHA !

1. Gunakan Facebook untuk tengok status relation dia.
facebook
Yang nie khas untuk awek-awek yang korang kenal lah. Mana ada manusia kat Malaysia nie yang tak ada facebook. Contoh macam korang ada minat awek satu universiti, just search je nama dia kat Facebook. Tengok status dia tue. Kalau dah “married” korang jangan berani kacau plak. Kalau setakat “In a relationship” still boleh try nak riki-riki lagi. Kata jantan sejati.

2. Tengok kekerapan si awek memegang handphone di tangan
mobileinhand
Yang nie mata korang kena peka sikit. Orang bercinta nie selalunya tangan diorang asyik pegang tepon untuk sms je. Mata tengah dengar kuliah tapi tangan bergerak sepantas kilat membalas sms daripada pakwe tersayang. Kalau tangan dia 24 jam bergerak-gerak macam tengah balas sms, kompem 100% dah ada pakwe.
3. Intonasi suara ketika bercakap di handphone
talkingmobile
Si awek nie memang periang orangnya. Gelak kuat-kuat kalau borak ngan member. Tapi korang perhatikan intonasi suara dia bila dia angkat telefon. Kalau tetiba daripada suara bak halilintar bertukar menjadi suara Ayu OIAM, maknanya dia tengah borak tepon dengan pakwe dia la tue. Pastu bila letak tepon je terus suara bertukar jadi halilintar balik. Kepekaan telinga anda memang sangat penting ketika menggunakan teknik ini.
4. Tanya member si awek
awekmelayurmai
Orang pompuan kompem akan ada kawan diorang yang tersendiri. Orang kata ada kelompok member-member yang sama. Kalau nak tanya direct korang memang segan, jadi korang ushar dan pergi tanya member dia. At least tak adalah malu sangat. Dan yang paling best kalau si member tue pulak lepas tue tolong rikikan si awek untuk korang.
5. Jadi jantan sejati dan pergi tanya direct je
couple

Teknik yang nie memang paling kering. Keberkesanan dijamin 100%. Korang tarik nafas dalam-dalam pergi konfrontasi je terus ngan dia:-
Hi, saya minat ngan awak la. Awak dah berpunya ke belum?
100% dijamin dapat tau jawapan time tue jugak.
Tunggu apa lagi? Pergi try salah satu teknik kat atas tue sekarang jugak. Makin lambat korang makin tinggi la peratus awek yang korang minat tue akan ada pakwe.

Dah habis baca ? Hehehehe . Kalau terdapat ciri ciri kat atas tu , Lupakan niat anda untuk terus mengejar insan yang sudah di miliki orang . Jangan sampai merendahkan martabat diri sendiri . Bunga bukan sekuntum . Love ya ! ;)
Sharing is sexy ^_^

Friday 10 February 2012

Tak semua yang TEGAP & SEGAK itu LELAKI

10 lelaki ini kacak dan berjaya dalam bidang yang mereka ceburi. Tetapi mereka juga sebenarnya dilahirkan sebagai perempuan.

1.Balian Buschbaum

Balian Buschbaum dilahirkan pada 1980 sebagai Yvonne Buschbaum, dan merupakan seorang bekas gimnas kebangsaan Jerman. Walaupun dia wanita kedua terbaik sebagai Pole Vaulter di Jerman, pada 2007 Buschbaum mengumumkan persaraannya kerana kecederaan yang berterusan. Pada tahun 2008 menukar jantinanya untuk menjadi seorang lelaki. Lagi 9 gambar selepas jump.

2. Buck Angel

Buck Angel ialah pemenang Anugerah Berita Video Dewasa 2007, kini bekerja sebagai seorang penulis, pensyarah, pendidik dan menguruskan syarikat penerbitan sendiri.
3. Loren Cameron

Loren Rex Cameron ialah seorang juru foto, pengarang dan aktivis transeksual dari Amerika.
4. Ian Harvie

Ian Harvie dari Amerika ialah seorang pelawak stand-up yang sering berlawak tentang transeksualiti.
5. Lucas Silveira

Dilahirkan di Kanada pada 1979, Lucas Silveira mencipta sejarah sebagai lelaki transeksual pertama yang menandatangani kontrak dengan syarikat rekod. Silveira ialah vokalis, gitaris dan pencipta lagu untuk The Cliks, dia juga telah menghasilkan album solo yang sedang berada di pasaran.
6. Katastrophe

Rocco Kayiatos dikenali sebagai Katastrophe, seorang rapper hip-hop Amerika dan penerbit muzik.
7. Thomas Beatie

Thomas mendapat perhatian antarabangsa kerana menjadi seorang ‘lelaki yang mengandung’ beberapa tahun lepas. Dilahirkan perempuan, Beatie sebenarnya telah melahirkan 3 orang anak dan kini kembali makan hormon lelaki untuk mendapatkan badan lelakinya.
8. Ryan Sallans

Ryan Sallans dilahirkan sebagai Kimberly Ann Sallans, merupakan seorang penceramah motivasi transeksualiti.
9. Andreas Krieger

Andreas Krieger seorang pelontar peluru untuk pasukan atletik Jerman Timur.. Dari waktu remaja dia diberikan steroid anabolik tanpa disedarinya, yang menyebabkan dia menjadi semakin maskulin dari segi penampilan dan sikap. Dia telah menjalani pembedahan menukar jantina pada tahun 1997, dan pernah berkata yang dia berharap yang dia tidak pernah diberikan steroid supaya dia mengetahui sendiri apa pilihan jantinanya.
10. Chaz Bono

Chaz Bono dilahirkan sebagai Chastity Bono, anak perempuan kepada penghibur Amerika terkenal Sonny dan Cher. Chaz juga telah menjadi peserta untuk rancangan televisyen, Dancing With The Stars
Sharing is sexy ^_^

Tak semua yang CANTIK itu PEREMPUAN ;)

Ramai orang tidak sedar yang ada model yang menghiasi pentas peragaan wanita sebenarnya ialah lelaki. Model-model cantik ini, kalau kita tidak tahu, mungkin kita tidak akan sangka bukan asalnya wanita, tak begitu?
1.        Andrej Pejic

Model Serbia-Australia Andrej ialah seorang androgynous dan terkenal atas kebolehannya mengayakan pakaian lelaki mahupun wanita. Pada sebuah pertunjukan fesyen Januari 2011 di Paris, dia telah berjalan di pentas peragaan untuk rangkaian fesyen wanita  Jean-Paul Gaultier dan pakaian lelaki Marc Jacobs. Dia berada di tangga ke-50 dalam senarai  50 Model Lelaki Paling Top dan dalam masa yang sama berada di tangga ke-98 untuk “100 Wanita Terseksi FHM 2011”  (oh, Zarina Anjoulie tak ada dalam senarai FHM?) Lagi 9 gambar selepas jump.

2.        Lea T.

Berasal dari Brazil, Lea T. dilahirkan sebagai Leandro Cerezo pada tahun 1981, tetapi itu tidak menghalang dirinya dari menjadi antara model terlaris di dunia . Dikatakan inspirasi bagi rekaan busana high-fashion, Givenchy.
3.        Claudia Charriez

Sukar untuk dipercayai yang Claudia Charriez dilahirkan sebagai seorang lelaki, bukan? Dia kini merupakan seorang model antarabangsa. Charriez tidak berjaya menempatkan dirinya sebagai peserta America’s Next Top Model dan The Janice Dickinson Modeling Agency pada tahun 2008, tetapi telah menjuarai pertandingan America’s Next Top Transsexual Model di The Tyra Banks Show hujung tahun tersebut.
4.        Isis King

Dilahirkan sebagai Darrell Walls pada tahun 1985, model Amerika Isis King mula dikenali apabila dia menyertai America’s Next Top Model sebagai wanita. King bersaing untuk dua musim bagi rancangan itu.
5.        Florencia De La V

Florencia De La V dari Argentina memulakan hidup pada 1976 sebagai Roberto Carlos Trinidad teapi dia kini antara pelakon wanita popular di rantau sana. De La V telah muncul dalam telenovela, model majalah, kelab, dan pernah menjadi editor majalah. Dia kini berkahwin dan  merupakan ibu kepada dua orang anak kembar melalui kaedah ibu tumpangan.
6.        Sirapassorn Atthayakorn

Sirapassorn (AKA Sammy) Atthayakorn telah dinamakan Miss International Queen untuk pertandingan Ratu Cantik Thailand 2011.
7.       Chamila Asanka

Model Sri Lanka Chamila (AKA Chami) Asanka sedang meningkat naik dalam bidang peragaan dan hiburan negara itu . Dia juga ialah salah seorang peserta dalam pertandingan ratu cantik Miss International Queen (yang dimenangi Thailand).
8.        Caroline “Tula” Cossey

Caroline “Tula” Cossey (dilahirkan Barry Kenneth Cossey), berbangsa Inggeris, merupakan antara wanita transeksual paling terkenal di dunia . Cossey melakonkan watak kecil dalam filem James Bond The Living Daylights, bergaya untuk majalah Playboy, dan menulis autobiografi tentang pengalamannya sebagai model dan pelakon dalam “I Am A Woman.”
9.        Roberta Close

Model Brazil Roberta Close menjalani pembedahan menukar jantina pada 1989, dan diundi sebagai “Most Beautiful Woman in Brazil.”
10.    Malika

Malika dari India  ialah wanita trans yang telah menjalani 4 pembedahan dan tak terkira lagi prosedur perubatan untuk menjadi seorang wanita. Pada tahun 2011 dia menjadi warga India pertama untuk bersaing dalam pertandingan tahunan Miss International Queen di Thailand, pertandingan ratu cantik untuk wanita transeksual.
Sharing is sexy ^_^

Thursday 9 February 2012

Perempuan , Tahukah kamu ? Kamu sangat MAHAL .

 PERINGATAN UNTUK DIRI SAYA SENDIRI !
 
Oleh : Hilal Asyraf

Ketahuilah bahawa, makhluk yang paling saya sayangi di atas dunia ini adalah perempuan.

Percaya? Saya bukan nak main gula-gula di sini. Tetapi saya serius menyatakannya. Ketahuilah bahawa, makhluk yang paling saya sayangi di atas dunai ini adalah perempuan.
Mengapa?

Jika yang lelaki bertanya, saya mungkin memahami. Tetapi perempuan, jika kamu yang bertanya, maka saya kehairanan.

Apakah kamu tidak tahu megapa saya sayangi kamu? Adakah kamu tidak menyedari betapa istimewanya kamu?

Aku dari rahim seorang perempuan

Kalau difikirkan semula, tiada lelaki yang dilahirkan selain dari rahim ibu melainkan Nabi Adam AS. Perhatikanlah Sultan, pemerintah, perdana menteri, laksmana, tentera, pegawai, jurutera, doktor, doktor falsafah, genius, semuanya dilahirkan dari perut seorang perempuan.

Saya, dari rahim seorang perempuan juga.

Tiada manusia dilahirkan hebat. Mereka semua dilahirkan sebagai manusia biasa. Tetapi biasanya manusia-manusia hebat ini mempunyai ibu yang hebat di sisi mereka. Yang mendidik dan memberikan suasana kepada mereka semenjak kecil.

Mengapa pula saya tidak menyayangi perempuan? Mengapa pula saya tidak mengambil berat terhadap mereka? Dari rahim mereka lahirnya pewaris masa hadapan!

Sekiranya saya membiarkan perempuan rosak, dirosakkan, merosakkan diri mereka, maka sama sahaja dengan saya membiarkan masa hadapan dunia hancur, gelap, kelam dan hitam.

Jangan lupa, dari rahim perempuan juga lahirnya penderhaka, penjenayah, perogol, pencuri, yang ingkar kepada Allah, pembohong, dan banyak lagi manusia-manusia yang mencorakkan dunia dengan kehitaman. Hatta Barrack Obama  juga lahir dari perut seorang perempuan.

Sekiranya perempuan yang menggendong masa hadapan dunia selama 9 bulan 9 hari ini rosak, di mana masa hadapan dunia?

Mustahil saya tidak menyayangi perempuan. Maka tiadalah harapan yang saya inginkan, melainkan perempuan juga menyayangi diri mereka dan menjaga peribadi mereka daripada perkara yang Allah larang dan murka.

Perempuan sayap kiriku

Saya hendak berkahwin dengan siapa? Mustahil dengan lelaki. Baik macam mana pun saya dengan mereka, mustahil saya akan berkahwin dengan mereka.
Saya akan berkahwin dengan seorang perempuan.

Mustahil saya tidak menyayangi kaum ini. Yang menjadi isteri-isteri dan pendamping kepada lelaki. Yang menjadi pengawal kepada segala rahsia seorang lelaki. Yang menjadi guru kepada anak-anak seorang lelaki. Yang menjadi penenang dan penyejuk mata serta pendamai jiwa seorang lelaki.

Kestabilan seorang perempuan, menjamin kestabilan seorang lelaki.

“Apabila enta bangun tidur dan melihat isteri enta di sebelah, enta akan merasakan keajaiban penciptaan Allah SWT” ~ Pakcik Rosdi. Dan dia berkata dalam keadaan tersenyum. Hidupnya bahagia dengan ketenangan isterinya: Cikgu Maimunah

Maka mustahil saya hendak membiarkan perempuan rosak, dirosakkan atau merosakkan diri mereka sendiri. Kerana mereka adalah penjaga-penjaga lelaki di satu sisi. Suami-suami memerlukan isteri-isteri yang solehah, yang baik, yang taat kepada Allah dalam rangka hendak membangunkan ummah.

Tidak dinafikan isteri-isteri juga memerlukan suami-suami yang baik. Tetapi bukan sedikit lelaki yang berubah kerana cinta seorang perempuan. Maka mengapa perempuan tidak mempersiapkan diri mereka lebih sedikit untuk mengubah seorang lelaki dengan cinta?

MasyaAllah.

Saya amat menyayangi perempuan. Maka tiadalah harapan saya melainkan perempuan menyayangi diri mereka sendiri. Menjaga diri dari kerosakan. Menjaga diri dari kemungkaran. Mempersiapkan diri menjadi hamba Allah yang taat. Buat apa yang disuruh, meninggalkan apa yang dilarang.

Maka amat menyedihkan saya jika…

Bila sayang, akan datang ambil berat. Semestinya demikian. Saya amat hairan kalau seseorang itu menyatakan sayang kepada si fulan: “Aku sayang sangat dengan kau” kemudian dia melemparkan si fulan itu ke dalam api. Mustahil itu adalah sayang.

Maka kerana sayang itu jugalah saya akan terluka apabila melihat perempuan-perempuan berkeliaran tanpa menutup aurat. Kerana sayang itu jugalah saya akan tercedera apabila melihat ada perempuan-perempuan tidak menjaga maruah mereka dan berpeleseran dengan lelaki tanpa segan silu. Kerana sayang itu jugalah saya akan terasa apabila melihat perempuan-perempuan menayangkan akhlak buruk mereka. Kerana sayang itu jugalah saya akan tercucuk dengan perempuan yang tiada rasa malu pada diri mereka.

Kalaulah perempuan tahu bahawa mereka memegang nasib dunia. Mereka bakal ibu dan isteri. Ibu kepada anak dan isteri kepada suami. Nyatakan kepada saya bagaimana mereka ini tidak memberikan kesan kepada dunia? Semestinya mereka ini memberikan kesan. Dan kesan yang diberikan oleh kamu wahai perempuan, bukannya sedikit bahkan besar.

Sudah wujud di dalam sejarah, kerajaan hebat jatuh kerana seorang perempuan. Sudah wujud di dalam sejarah, abid hebat jatuh kerana seorang perempuan.

Sebab itu saya sangat menyayangi perempuan dan sering memikirkan mereka.
Apakah perempuan-perempuan memikirkan diri mereka sendiri?

Penutup:
Jika sayang ini tidak berbalas, tidak mengapa. Tetapi…

Jika sayang ini tidak berbalas, tidak mengapa. Bukan tujuan saya menulis artikel ini untuk disayangi perempuan. Tetapi tujuan saya menulis artikel ini untuk perempuan menyayangi diri mereka sendiri.

Maksud sayang pada saya adalah = Hendak masuk syurga bersamanya.

Maka kalau tak nak masuk syurga dengan saya, at least kamu kena lah rasa hendak masuk syurga dengan diri kamu wahai perempuan. Maka jagalah diri, persiapkan peribadi. Kamu pemegang masa hadapan dunia. Dan tiada yang memberikan kesan lebih besar terhadap dunia selain kamu wahai perempuan.

Kalaulah kamu tahu betapa sejuknya mata ini melihat perempuan-perempuan yang berakhlak. Kalaulah kamu tahu betapa senangnya jiwa ini melihat perempuan-perempuan yang pemalu. Kalaulah kamu tahu betapa seronoknya kalbu ini melihat perempuan-perempuan yang menutup aurat. Kalaulah kamu tahu betapa tenangnya diri ini melihat perempuan-perempuan yang menjaga batas pergaulan.

Wahai perempuan, tidakkah kamu memandang diri kamu berharga?
Maka jangan murahkan.
Siapkan dirimu untuk menggoncang masa hadapan dengan keimanan dan ketaatan.
Bukan dengan kehancuran dan kerosakan.
Sungguh, saya merayu di sini. Agar kamu mencintai diri sendiri.

Sharing is sexy ^_^